Thursday, September 10, 2009

Perang Persepsi Ilmu: Satu Nota Awal

Perang persepsi terhadap ilmu merupakan peringkat pencerobohan minda yang sukar diramal dan diresensikan. Kepentingannya sering dipolemikkan dan dipelbagaikan mengikut kepentingan dan kepuasan sesuatu pihak atau individu. Apabila ianya sering dibahaskan tanpa penilaian ilmiah; kecenderungan terhadap pentafsirannya akan terarah kepada argumentasi bias atau dangkal. Keadaan ini menyebabkan lahirnya sekelompak masyarakat jadung (meminjam kata-kata almarhum Prof. Syed Hussein Al-Attas) dan mewujudkan interpretasi negatif terhadap kepentingan ilmu.

Fragmentasi ini boleh dipaparkan dalam pemikiran masyarakat Melayu moden terutamanya golongan pasca-milleneum. Perang persepsi mereka terhadap ilmu begitu dangkal sehingga mengundang kepada berlakunya krisis perwatakan dan kekalutan minda. Persoalannya mengapa keadaan ini berlaku?. Memang sukar untuk dijawab sekiranya dikaitkan dengan kedudukan orang Melayu pasca-milleneum ; yang dibiasakan dengan kemewahan hidup yang tersedia tanpa bersusah-payah berbanding masyarakat Melayu pra-milleneum. Kemalasan berfikir menjadi puncak kejayaan dan menjadi budaya yang sebati golongan pasca-milleneum ini dan seakan-akan membentuk peradaban Melayu baru. Persekitaran ini menjadikan masyarakat Melayu pasca-milleneum menjadi oppurtunis dan menjadikan pemikiran tipikal sebahagian asas prinsip dan ideologinya. Pembudayaan tipikal ini akibat pandangan mereka yang meletakkan ilmu dikedudukan yang tidak setaraf dan sewajarnya.

Secara konklusinya, perbahasan mengenail weltaschuung ilmu tidak terhenti sampai bila-bila. panadangan secara kolektif dan pentafsiran yang objektif terhadap fungsi dan falsafahnya akan mewujudkan masyarakat Melayu pasca-milleneum yang berjiwa dan peka terhadap pembudayaan ilmu serta tidak tersesat dalam terang kerana ilmu berperanan insaniyat al-insan (memanusiakan manusia)

0 comments: